Mengenai

Stevie® Awards merupakan anugerah perniagaan yang paling terkemuka di dunia. Ia diwujudkan dalam tahun 2002 untuk memberi penghormatan dan menjana pengiktirafan awam terhadap pencapaian serta sumbangan positif organisasi dan golongan profesional bekerja di seluruh dunia. Dalam masa yang singkat Stevie telah menjadi salah satu anugerah yang paling menjadi rebutan di dunia.

Terdapat lapan program Stevie Awards, setiap satu dengan fokus, senarai kategori dan jadualnya yang tersendiri.

Anugerah Perniagaan Amerika dibuka kepada semua organisasi yang beroperasi di Amerika Syarikat, dan bercirikan pelbagai kategori untuk mengiktiraf pencapaian dalam setiap aspek di tempat kerja.

Anugerah Perniagaan Antarabangsa dibuka kepada semua organisasi di seluruh dunia, dan termasuk kategori untuk memberi penghormatan kepada pencapian dalam semua aspek kehidupan pekerjaan.

Anugerah Stevie Asia Pasifik dibuka kepada semua organisasi di 29 Negara di wilayah Asia Pasifik.

Anugerah Stevie Jerman terbuka untuk semua organisasi di negara-negara Eropah di mana bahasa Jerman adalah bahasa rasmi mereka: Austria, Belgium, Jerman, Liechtenstein, Luxembourg, dan Switzerland.

Anugerah Stevie Timur Tengah Dan Afrika Utara terbuka kepada organisasi-organisasi di 17 negara di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Anugerah Stevie untuk Perkhidmatan Jualan & Pelanggan dibuka kepada semua organisasi di seluruh dunia, dan mengiktiraf pencapaian kakitangan professional jualan, perkhidmatan pelanggan dan pusat panggilan. 

Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan dibuka kepada semua organisasi di seluruh dunia, dan mengiktiraf pencapaian eksekutif, usahawan wanita, dan organisasi yang mereka jalankan.

Anugerah Stevie untuk Majikan Terbaik adalah terbuka kepada semua organisasi di seluruh dunia, dan mengiktirafkan syarikat-syarikat yang terbaik di dunia untuk bekerja sama ada dalam pasukan kawalan sumber kerja dan profesionalnya, pencapaian HR, produk dan perkhidmatan terbaru dan pertolongan pembekal, dalam mewujudkan dan menjadikannya sebagai sebuah tempat kerja yang bagus.

Hakim Stevie Awards termasuk ramai dalam kalangan eksekutif, usahawan, pencetus inovasi dan pendidik perniagaan yang paling dihormati di dunia. Setiap program anugerah kami memanfaatkan wawasan dan bakat lebih daripada 200 hakim setiap tahun.

Penaja program Stevie Awards termasuk pemasar B2B, penerbit dan institusi kerajaan terkemuka.

Terdapat beberapa faedah apabila menyerahkan pencalonan kepada program Stevie Awards. Kami berharap organisasi anda akan turut serta, dan tidak sabar untuk mengalu-alukan anda ke dalam kalangan pemenang Stevie Awards lepas termasuk Acer Inc., Apple, BASF, BT, Ford Motor Company, ING, Procter & Gamble, Roche Group, dan Samsung, antara begitu banyak yang ada.